Saturday 23 March 2013

RESULT STPM 2012. =)


Assalamualaikum wbt =)

ni anak2, mak nak cerita pasal kejadian yg berlau pada tanggal 18 Mac 2013. Harap anak2 mak sudi membaca tulisan mak ini. terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dgn mak. :P

KAHKAH. intro jiwangpebenda !

ok back to the topic. dah 5 hari dah result STPM keluar hari Isnin lepas. serious aku kabo. seminggu sebelum result kuar tu aku nervous kemain dah. tapi lepas tu aku okay je. aku takmo fikir negatif. aku try untuk serap benda positif masuk dlm kepala. aku motivate diri aku "apa je aku dapat, aku kena redha. sbb result tu berdasarkan keikhlasan kita untuk belajar.". aku ada jugak terKADANG eh bukan terkadang TERSELALU jugak main2. dalam kelas ke kat rumah ke kat tusyen ke.

pagi tu bangun awal sbb mcm biasa kena hantar adik n sepupu ke sekolah. aku jarang tidor balik lepas hantar adik. cikgu bagitau result kuar pukul 12.00pm. so aku pegi dlm pukul 11.30am. sampai sekolah, aku tengok kawan2 muka ada yg senyum. rilex pun ada. cuak pun ada. aku yg bercakap banyak ni tak cakap mana pun sbb DEBARAN tu makin kuat. Hahah! datang sekolah nampak muka cikgu baru takut.

dalam pukul 11.50pm cikgu bagi ucapan sikit. then Taraaa! result diumumkan. cikgu suruh beratur ikut kelas. aku takut nk ambil sbb yelah. entah. aku pun taktau nak cakap mcm mana. tengok kawan2 yg dah ambil, so aku dgn kawan baik form6 aku, Maisarah pun pegi ambil sama2. buka slip result tu sama2. bagai nak menitis air mata masa buka result tu. ALHAMDULILLAH. syukur ya Allah. it was very unexpected! aku target takdela sampai mcm tu since aku lemah dan tak confident mana dgn satu dua paper. Berkat doa Ibu Ayah, guru2, orang sekeliling dan diri sendiri yg tak pernah putus2 doa dan solat hajat, finally Alhamdulillah. It's beyond my expectation. Aku pergi kat cikgu dan peluk dia. Cikgu2 cakap tahniah. Aku mesej Ibu Ayah dan dorang call cakap tahniah. dorang terharu. =))

Cikgu Makroekonomi aku, Cikgu Zakaria ada tanya soalan yg buat aku rasa kagum dgn diri sendiri.

"Awk rasa berbaloi dok keluor UPSI haritu dan tengok result awk harini?"

I was like.... yeahh, I made a good choice. Alhamdulillah. Takdir Allah sangat indah sebenarnya.  :)

Terima kasih untuk semua cikgu yg banyak bersusah-payah untuk kami. seriously, aku rasa bila aku masuk form6 ni aku rasa hubungan pelajar dgn guru2 mcm keluarga. erat sangat. terima kasih Cikgu Khatimah untuk semuanya selaku mentor aku. dia banyak tegur aku dlm paper Pengajian Am 2. dia selalu tegur aku sbb aku malas. malas nk buat graf. malas nk mengarang. lastly, aku dpt A solid utk paper Pengajian Am. untuk Cikgu Shikin, bangga pun ada sbb dulu cikgu banyak tegur sbb dulu aku kalo bab beri huraian dlm Geografi 1, mmg aku malas. Alhamdulillah aku dpt A- untuk Geografi 1. dan untuk semua cikgu. Cikgu Zura selaku cikgu BM. sorry cikgu sbb tak boleh bg A untuk BM. biasa dpt A tp yelah. hehe. Cikgu Roha cikgu Mikroekonomi. hasil dia marah aku dlm kelas buat aku bangga jgk tengok result ut Paper Mikroe. Cikgu Surina cikgu Geografi 2. sorry jgk cikgu. takboleh nk bg A. cikgu pengajian Am 1, hehe cikgu Azmah. berbaloi kdg2 bertekak sbb nk defend aku punya pendapat kalo bermain dgn soalan parlimen ke ADUN ke. it's worth! dan cikgu Zakaria juga. sume cikgu best2. Thanks a lot. =))

*gambar dgn cikgu lain takde.



ni bersama Cikgu Zura (BM) masa hari result diumumkan.



 ni Cikgu Khatimah. Ummi saya. Mentor saya. Cikgu Pengajian Am.



hadiah dari Ayah. :)



Now aku syukur. aku boleh buktikan kat orang yg dulu perli aku masuk form6. yang mengata aku sbb aku buat keputusan bodoh keluar dari UPSI. yelahh sbb aku masuk keluar masuk form6 ni. I dont even care. Jatuh bangun aku dgn family aku dgn kawan2 baik aku. dorang lagi tahu aku mcm mana. Thank you haters. sebenarnya kata2 perli dorang buat aku makin kuat. HAHA. Hope u get it ! :))

Walopon result aku takdela segempak orang2 lain yg blh masuk paper boleh bergambar sakan. tapi aku nak share a few tips. kalo rasa berguna, ambek lah. kalo tak, tak payah pakai. :)

1 - Jaga solat. try utk solat awal waktu. KALAU boleh
2 - Jaga solat hajat juga. buat setiap hari. aku biasa buat after Maghrib/Isyak.
3 - Jaga Quran. baca lah walopon satu muka surat setiap hari.
4 - JANGAN compare diri sendiri dgn orang lain. kalo nak compare, sila compare dgn diri sendiri yg dulu. which is kalo makin bagus, it's GOOD ! 

banyak lagi sebenarnya. kalau nak, kita berjumpa di Facebook! kahkah :P

*aku suka study tengah malam. biasa 12am sampai 2am or 3am. TOLONG kenal diri anda. kalo jenis study siang hari lentok, baik toksah study. yes macam aku. aku prefer tengah malam. fresh gitewww! kalo siang, aku lentok. kehkeh :D

okay baiklah. itu sahajo aku nak share. bukan untuk tujuan menunjuk tapi niat untuk SHARE. bereh boh?? :D

*dapat hadiah pertama dah. hikhik. thanks Ayah for Samsung Galaxy Note 2.

Doakan aku semoga dipermudahkan untuk mengisi borang UPU. =)

Assalamualaikum ~

No comments: